CLICK HERE !

Saturday 27 June 2015

KERABU JAMBU







Bahan :

1 biji jambu - buang biji + diced
3 tangkai cili api - hiris
3 biji asam boi - hiris
Sedikit air asam limau 
Sedikit garam
Sedikit gula





Cara :

1. Campur jambu + cili api + asam boi + air asam limau + garam + gula.
2. Simpan dalam peti sejuk.
3. Siap !

Saturday 20 June 2015

APAM MENTEGA GULA HANGUS






Bahan A : ( Gula Hangus )

1½ cawan gula pasir
1 cawan air
250g mentega




Bahan B :

1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - Ayak
2 st soda bikarbonat - Ayak
1 tin susu cair
1 st esen vanila




Cara :

1. Masak gula ( bahan A ) dengan api perlahan hingga gula larut dan warna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air.
3. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
4. Masuk mentega, kacau rata. Ketepikan.
5. Pukul gula + telur + esen vanila hingga kembang.
6. Masuk gula hangus yang masih panas tadi.
7. Masuk susu cair, selang seli dengan tepung. Gaul rata.
8. Panaskan pengukus bersama acuan.
9. Tuang adunan ke dalam acuan.
10. Kukus selama 12 - 15 minit.
11. Siap !





Sumber

Monday 15 June 2015

BULGOGI - 불고기






Bahan :

1 kg daging lembu - hiris nipis
½ cawan kicap - ( kicap manis + kicap masin + kicap lemak )
1 st lada hitam
1 sb madu
Sedikit gula
Daun salad - hiasan
Bijan - kalau suka




Cara :

1. Perap daging + kicap + lada hitam + madu + gula selama 3 jam.
2. Grilled kat kuali leper sehingga masak.
3. Hias dengan daun salad + bijan.
4. Siap !







Saturday 6 June 2015

NASI AYAM






Bahan Nasi :

2 cawan beras
6 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 cawan air rebusan ayam - ayam letak tepi, sebab nanti nak goreng
3 sb planta
Sedikit minyak masak / minyak zaitun
2 helai daun pandan
Sedikit garam



Cara :

1. Rebus ayam.
2. Tumis halia + bawang putih hingga layu.
3. Masuk daun pandan.
4. Naik bau, masuk air rebusan ayam + garam.
5. Masuk beras, masak nasi macam biasa.
6. Siap !





Bahan Sup :

3 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
4 serangkai - bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga
Sup bunjut - tak letak pon boleh
Beberapa ketul ayam
Air
Sedikit garam
Daun sup / daun bawang - hiris halus
Bawang goreng



Cara :

1. Tumis 4 serangkai.
2. Kemudian, tumis bawang merah + bawang putih + halia.
3. Masuk air.
4. Da didih, masuk sup bunjut + ayam + garam.
5. Masak hingga ayam empuk.
6. Hidang dengan daun sup / daun bawang + bawang goreng.
7. Siap !




Bahan ayam goreng :

Ayam yang di rebus buat stok tadi
Kicap - manis + masin + lemak



Cara : 

1. Campur kan ayam + kicap.
2. Perap 30 minit.
3. Goreng - tak perlu sampai garing.
4. Siap !



Hiasan :

Daun salad
Tomato
Timun

CLICK HERE !